Tuesday, 4 October 2016

MEATBALL IKEA RESEPI CIK NIN



Okay hai followers NIN NIN NINNNN


Harini cik nin nak share dengan korang semuaaaaa how to make a homemade meatball ikea . Rasanya semua tahu kot yang meatball ikea ni sangatlah sedap sebab dia punya sos tu memang "UMPPHH' pastu meatball dia pulak memang saiz besar so sangatlah puas hati kan kan? Kekadang ade yang datang IKEA semata mata nak pekena meatball dia je , ye dok? Haaa okay lepasni takyah susah susah pergi IKEA semata mata sebab meatball dia sebab korang semua boleh buat sendiri je pasni okay? Sebenarnya simple je cara nak buat meatball ni , ha bawah ni ade gambar testimoni meatball ikea cik nin.

resepi-meatball-homemade-ala-ikea
Ha nampak sedap kan kan kan

Okay guys , first kita start dengan bahan2 yang korang perlukan , 

500 gm daging kisar
1/2 biji bwg besar – cincang halus
1 sudu makan butter
 3/4 sudu teh lada hitam- powder
1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
1/3 sudu teh serbuk kayu manis
 1/3 sudu teh gula
1-1/2 sudu teh garam
2 sudu makan bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 


Okay make sure korang dah ada semua bahan bahan kat atas tu dulu baru boleh proceed okay?  Then..

1) tumis bahan bahan tersebut dan ketepikan.

                                     resepi-meatball-homemade-ala-ikea-bahan-bahan      

2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang korang  suka, okay?

                                                   resepi-meatball-homemade-ala-ikea-rempah

3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak. 

p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.

OKAYYYY LASTTTT JOM BUAT SOS PULAK
Ni bahan yang korang perlukan untuk buat sos yang penuh krim , hehe

butter sos lepas masak meatball.
2 cawan chicken stok
2 cawan whipping krim (*)
1 sudu makan kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit – powder
1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.

CARA CARANYA ADALAH

1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.
hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix friuts jem.


OKAY TADAAAAAA DAH SIAPPPPPP

Untuk lagi menarik, korang bolehlah letak potatoes wedges ke, mashed potato ke, salad sikit2 ke, ha ikut selera tekak masing masing okay? 

Selamat mencuba , guys ! 

 

 













No comments:

Post a Comment